Saturday, November 28, 2009

Nostalgia Pak Lah kat skolah lma aku :)

Bukit Mertajam 14 Mac-Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi hari ini telah kembali ke solah lamanya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam (HSBM) untuk menyorot kenangan kali pertama mencipta 'tandatangan' yang kekal hingga ke hari ini .

Beliau belajar di sekolah tersebut sejak tahun 1940-an sehingga 1957.

Kata Perdana Menteri ketika itu beliau berada pada tingkatan 2 dan mencipta tandatangan yang keistimewaannya adalah di bahagian hujungnya.

"Secara asasnya itulah tandatangan yang saya reka dan saya gunakan sehingga kini.Oleh itu,apabila saya menandatangani buku alumni sekolah,saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan tandatangan saya itu."

"Jadi saya minta menandatanganinya semula."katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Warisan HSBM dan Majlis Makan Tengah Hari serta perjumpaan bekas penuntut HSBM di sini .

Turut hadir Presiden Alumni HSBM,Datuk S.Kulasegaran dan rakan-rakan sekelas Perdana Menteri ketika belajar di sini.
Selain itu ,turut hadir Pengetua HSBM,Mohd Ghazali Abu Bakar guru-guru dan hampir 400 pelajar.

Pada majlis itu juga,Dewan HSBM hari ini secara rasmi telah ditukar nama kepada Dewan Abdullah Haji Ahmad Badawi sempena mengambil nama perdana menteri.

Perdana Menteri yang juga penaung Alumni HSBM gembira kerana dapat menjenguk sekolah lamanya itu yang menyimpan segala kenangan ketika di bangku sekolah.

Beliau berkata adalah penting bangunan sekolah ini dibina semula dan dikekalkan untuk diwarisi pelajar akan datang.

Menurut beliau,di sekolah inilah juga permulaan baginya bergaul dengan rakan-rakan bukan Melayu serta kali pertama mempelajari Bahasa Inggeris .

Bangunan blok c sekolah ini telah telah dibaik pulih dengan kos berjumlah 4.16 juta . :)


No comments:

Post a Comment