Sunday, December 26, 2010

MENANGIS

Hari ni rasa sedih sangat .
Xmampu nak tulis panjang .
To my lover baca lirik kat bawah ni . Its for you ~


My mind is gone, I'm spinnin' 'round
And deep inside my tears I'll drown
I'm losin' grip, what's happenin'?
I strayed from love, this is how I feel

This time was different
Felt like I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life

Now I'm in this condition
And I've got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

Did it happen when we first kissed?
'Cause it's hurtin' me to let it go
Maybe 'cause we spent so much time
And I know that it's no more

I shoulda never let you hold me baby
Maybe why I'm sad to see us apart
I didn't give to you on purpose
Gotta figure out how you stole my heart

Now I'm in this condition
And I've got all the symptoms
Of a BOY with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry



Sunday, December 12, 2010

THANK YOU AYANG . TERHARU SANGAT-SANGAT

ALHAMDULILLAH 
Hari ni rasa gembira sangat sangat .
Sebabnya hari ni ALEH dapat hadiah .
Hadiahnya adalah tuuuuttttttt ! hehe

Mula-mula Aleh dah tahu dah yang nak dapat hadiah 
Tapi konon nak buat suspen la kan .
Yela kang si dia tak best pulak aleh dah tau 
Pura-pura macam orang tak tahu .
Tapi dalam hati dah tahu dah . HIHI

VAVAVAVAH !
Si dia waktu nak bagi hadiah tu siap suruh Aleh tutop mata kot . ngee~ romantisnya 
Bila tutop mata tu aleh rasa macam aduhai nak nanges pon ada .
Kadang-kadang rasa macam dunia ini ANA yang punya pon ada .
Tapi disebabkan faktor kelelakian yang amat meninggi . HEHE

oke ! I Feel So Blind Now Sayang

Aleh kuatkan jugak hati .
Malu la nak nanges .
Tapi I LOVE YOU LA AYANG .
AWAK MEMANG TERBAEK LA .
Mekasih sayangku .
Terima kasih sudi bagi hadiah .
I appreciate it so much sayang . 
MUAHHH FOR YOU ~


You are the song playing softly in ma heart.
p/s : Gambar hadiah akan diupload dalam jangka masa terdekat . :)






Saturday, December 11, 2010

DIND DONG PAPER LAMA

ALKISAHNYA
hari ni aleh tolong mak jual surat kabar lama
sebenarnya dah lama nak jual .
almaklumlah nak pindah rumah.
entah kenapa tiba2 hari nie semangat lain macam sikit .
semangat keberanian tu menjelma HAHA



yang menyedihkan bila dah penat2 angkut 
bli dah timbang ada la dalam 8 kg .
xtaula dia tipu je apa ke .
janji dia melayu kita tolonglah kawan
xkisahlah dapat berapa pon .
mana tau isteri dia sakit ke ape ke kan ?
tolonglah dengan ikhlas .
oke pendekan cerita aleh dapat RM 4 HINGGIT je
campur buku majalah paper semua ni yang dapat  HAHA . sian kau aleh~



Wednesday, December 8, 2010

KENAPA ROSAKAN PUBLIC PHONE ? :'(

dulu bila ada telefon bimbit aku tak hirau pon pasal public phone
tapi sekarang semua dah berubah
aku perlukan public phone tapi semua mengecewakan
tepat pukul 9.35 malam aku sampai rumah
ak keluar . keluar tok cari public phone
aku rindu nak dengar suara ayangku
tp sedihnya semuanya rosak

kenapa makhluk-makhluk Allah kat muka bumi ni suka merosakan harta benda ?
kenapa tak kesiakan orang yang mungkin memerlukannya ?

tengok macam ak ni nak kol awex sendiri pon susah .huhu




Tuesday, December 7, 2010

15 BANGUNAN TERPELIK DI DUNIA

1. Forest Spiral - Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)
2. The Crooked House (Sopot, Poland)

3. The Torre Galatea Figueres (Spain)

4. Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace (France)

5. The Basket Building (Ohio, United States)

Sunday, December 5, 2010

BANNER-CONTEST

testing-testing
lama dah tak join contest ni ( sebenarnya tak penah mula pon ) hehe
tiba-tiba ada sorang kawan ni  CIK CEILA kenalkan aleh dengan contest ni
memang pintar banget kawan aleh nie 
macam tahu-tahu je yang aleh dah kekurangan income . bukan income tax oke ? haha


oke mari kita mulakan dengan lihat gamba kat bawah ni

ni laksam .
sama x laksam ni dengan url laksam kat atas . hehe
bab laksam ni maseh boleh terima tapi yang laksamberlipat tu tak paham la
mungkin laksam ni bila orang tak makan dia lipak melipat kot :D
tapi yang pasti blog ni memang terbaek la (bukan ambik hati oke)

contest ni berkenaan banner @ header paling menarik & blog layout yg paling cantek && kemas.

syarat2:
~become follower blog penganjur.~

~buat entry pasal contest ni & tinggalkan link entry anda. so senang nak view nanti. hehe~

~letakkan banner contest ni pada side bar anda.~

~tag 3 blogger lain yang bertuah.~

~terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog sahaja. (blogger yang berada di malaysia sahaja)~

~tarikh tutup : 2 januari 2011~

~pemenang akan diumumkan pada 22 januari 2011~



hadiah:
  1. tempat pertama : top-up RM30 (mane-mane line telefon bimbit)
  2. tempat kedua : top-up RM10 (mane-mane line telefon bimbit)
  3. tempat ketiga : top-up RM5 (mane-mane line telefon bimbi)
orang yang dapat durian runtuh yang dtag

saya perlu menang topap kerana saya sangat-sangat tak berduit sekarang.sangat-sangat









KENAPA PERLU MENIPU ?


KALI NI TAK ADA MOOD NAK TULIS PANJANG2 .
POKOKNYA AKU BENCI PENIPU !
SEKALI TIPU AK BOLEH TERIMA .
BERKALI-KALI TIPU WTF ! = . =



AKU SUGGESTKN KO MASUK PERTANDINGAN NI
SANGAT SESUAI !


AKU KECEWA



Saturday, December 4, 2010

15 TIPS UNTUK KEKAL BERCINTA

tips ni ditujukan untuk insan teristimewa . andai kata si dia melihat entry ni dharap dapat berubah .
and i'll try my best to change myself too :)

  1. Jaga penampilan diri kerana setiap pasangan menginginkan kekemasan dan kecantikan.Persepsi pertama adalah sangat penting.
  2. Ikhlas dalam memulakan perhubungan dan jangan segan untuk jadi diri sendiri.Sekiranya berlakon untuk menjadi orang lain ternyata suatu hari nanti akan menjerat diri sendiri.
  3. Gunakanlah bahasa tubuh seperti renungan mata dan gerakan tangan ketika berinteraksi dengan pasangan agar si dia merasakan seperti mendapat perhatian.
  4. Sentiasa berfikiran positif walaupon kadang-kadang menyakitkan . Ini amat penting dalam menjamin sesebuah kebahagiaan.
  5. Elakan gunakan perkataan kasar kepada pasangan. Hal ini kerana setiap hati manusia berbeza
  6. Jangan kedekut ungkapkan perkataan pujian serta sayang . Ini untuk membuatkan pasangan rasa dihargai dan si dia ikhlas dalam perhubungan . Ini turut membuktikan si dia mahupun perhubungan yang jauh lebih kehadapan
  7. Jangan bersikap sombong serta ego . Tunjukankanlah bahawa anda juga seorang yang pandai berjenaka . Setiap insan mahukan pasangan yang mampu memcuit hati mereka
  8. Jika kekasih melakukan kesilapan, izinkan si dia untuk memberi penjelasan .Dengar dulu sebelum anda sendiri yang dapat malu ( jangan main serbuu tapi tak pakai helmet XD )
  9. Apabila kita pula yang melakukan kesalahan . Beranikan diri untuk meminta maaf . JANGAN EGO
  10. Cari waktu yang sesuai untuk menyelesaikan masalah . Salah waktu tidak mustahil masalah akan bertambah besar
  11. Ketika menyelasaikan masalah . tumpukan sahaja kepada masalah tersebut . Jangan terpesong dan menunding jari kepada pasangan . 
  12. Jika kekasih anda masih dalam keadaan marah . lebih baik hanya mendiamkan diri .
  13. Setiap masalah wajib diselesaikan . Bukan hanya dengan mengatakan ' ahh lupakan jela sayang'
  14. Gunakan perkataan yang manis untuk memujuk pasangan yang merajuk . Tapi ingat jangan menabur kata yang susah untuk ditepati
  15. Sekiranya kekasih masih marah . Berikan si dia masa untuk berfikir . Seeloknya kembalikan ingatan si dia dengan kenangan-kenangan manis sepanjang bersama . InsyaAllah si dia akan akan memaafkan anda dan perhubungan akan kembali seperti biasa :)


Wednesday, December 1, 2010

JAHAT BUTUI LA LIPAS NI !!!



euu ! menyampah butui ak ngn lipas ni . cam gampang je !
semalam elok ak dok baring-baring kt bawah ni sambil dok online .
tiba-tiba datang sekor lipas ni hinggap kat belakang badan ak . amma !! geli geleman haku . huhu
dengan sepantas kilat ak tros la pusingkn badan bagi lipas tu lari .
tapi mengejutkan yg lipas tu terbang . appa !! huhu
seram punya pasal ak tros g lari masuk bilik bawah kt dapur .
yg lawaknya bila dipikirkan ak ni laki tapi takot ngn lipas kan ? haha
lantakk la ! janji ak benci lipas ak benci jugak . haha


agak-agak dh lama dalam bilik tu ak pelan2 bukak pintu . mcm nak skodeng apa je kan = . =
yela takot kang ak bukan tros tgk2 lipas tu depan pintu ak . eakkkkk!
alhamdulillah 2 ekor lipas tu dah lari . hoorey !
untuk lbih selamat ak rembat laptop . tutup lampu . tutup tb tros g nek atas online kt dlm bilik ak .
lagi selamat . muahaha .
sekian :)






SAPA CAKAP CAMERON DH XSEJUK ? SEJUK KOT :)



haha .okeoke , berdasarkan tajuk yang telah diberi . ececece . sapa ckp cameron dh xsejuk ? ha ?
dulu ada dgr ramai org ckp . em tv kot yg ckp . tahla. sapa2 jela kan . hoho
dorang ckp cameron dh xmcm dulu . dh xsejuk . mksdnya panas la kan ? hihi
mana da !!! ak bantah sekeras-kerasnya !!! miahaha
sejuk thp menyerap dlm rusuk tulang . hehe

alkisah 2 hari lepas ak g sana . g ngn membe2 .
mula2 cdg nk tdo semalam je tp ats sbb2 tertentu kami cdg tdo 2 mlm . tp setiap mlm hotel yg berbeza . ha3
kaya x ? mmg pokai tros balik tuuu . = . =

kami gerak g sana mlm kot dlm kol 7 dari ipoh . bapak mlm kan ? kan dah sekarang musim ujan ? bahaya huhu
tapi kedegilan memaksa kami troskan perjalanan tu . hehe
sebelum memulakan perjalanan mendaki cameron , mcm biasa isi minyak kereta dulu .
oke bab ni ak paling suka sbb ape ? sbb guna duit ak = . = nvrmd la
sepanjang perjalanan mak bapak kaww permandangan cntik gilak kot ! SUMPAH !
lampu2 sepanjang jalan mmg perghhhh ! terbaek !
lampu ni dtgnya daripada setiap ladang2 yg ada kt ctue . wahhhh ! sgt cantik !
mungkin rmai yg xberani dtg mlm sbb bhya . kami pon . tp sbb cantik sgt tros xpk psl bhaya tu . ekekeke


dpndekn crita kami ambik masa dlm sejam lbih kot nk smpai kt sna .yela kn mlm . bwk slow2 .
smpai2 je fuhlamak !!!!! sejuk gilakkkkk ! ekekeke . ramai org pulak tu . tros keluar kreta smbil pakai baju sejuk . konon dok kt luar negara je . haha .

jalan2 smpai la agak mlm ckit tros shoot g cari hotel . alkisah yg sedihya bnyk hotel dh fully booked . hu3
tp berkat ketekunan mencari alhamdulillah dpt la tdo kt hotel jasmin yg berharga RM98 .
ok la kan memandangkan kami ni pelajar lg . xdak sgt duit . ehehe
esoknya bgon awl nak rase udara pagi . sumpah sejuk ! shaking2 bdn aleh tau . muahaha
hari kedua tu la kami tros g setiap ladang yg ada kt ctue .
ladang strawberry . ladang cactus , taman rama2 dan bla bla bla . hehe
bila dh letih mcm  mls pulak nk balik tros g cari hotel lain  pulak sbb dh checked out hotel jasmine .
kami ni kami dok kt hotel lido . boleh la thn hotel ni cuma bilik mandi mcm shitty ckit . buruk ! ada tb tp xda siaran . wth !!

yg menyedihkan kat cameron bnyk sgt sgt sgt gambar yg aleh tgkp . yela ni 1st time g sana . nak buat kngn .
tapi...nset ak pulak ilang . makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! :'(
penat ak tgkp gambar . lagi bertambah pnt bila fikirkan mcm2 kngn ada dlm phone tu . gamba+video lama2 :(

p/s : kpd sapa2 yg jumpa hnset ak w505 sony ericson kaler biru keunguan pulangkn la balekkkkk . huk2
        dan kpd sapa2 yg KAYA dan BAEK HATI kalau ada duit lebih2 tu tlglah sedekahkn 1 nset tok aleh .
        sian aleh . duit dh bnyk abes .gambar kngn nk post kt blog pon xde . nset pulan ilang :'(

Wednesday, November 24, 2010

COMEI KOT SI DIA MERAJUK :)

MERAJUK ! MERAJUK ! MERAJUK !

ha hebat tak intro ?
kali ni aleh nak ceritakan sikit kisah pasangan bahagia yang si pasangannya kuat merajuk = . =
sebenarnya ni kisah aleh tau tau . haha

nak tahu tak ni ? ^ __ ^ eceh konon macam korang nak tau je kan .
padahal dalam hati dok kutuk konon aleh ni HOT ! sampainya hati . huk2

sebenarnya kan . sebenarnya kan . sebenarnya kan si dia ni en merajuk en pasal en aleh dok tgk tb . HAHA
lawak tak ? hoho
ala awak ni saya bukan selalu pon dapat tengok tb .lagipon ni baby tgk sukan bukan curang tgk gurl lain :P
hebat bukan jawapan aleh ? hihihi
tapi pujuk la macam mana pon .
merajuk tu merajuk jugak la . ish ish ish ,
dari pagi sampai ke malam merajuk tak sudah-sudah . apalah nasib badan . huhu


COMEINYA AWAK ^__"

tapi malam tu bila aleh dah betul-betul free tros la shoot g kol dia .
kring!!! kring!!!! krong!!!!! haha
entah bunyi nset mana la ni kan . hoho
si kuat ni pon angkat la phone tu .
heloo ( ni suara si dia tau tau , comei je malam-malam , lembut betul . awww ) :))
pastu mula la sesi luaha hati ( macam-macam kot dia luahkan , sampai hati by xlayan ayang , sukan3 blablabla)
sampai satu tahap dia cakap dia lebih rela tengok aleh on blog daripada bagi aleh tengok sukan . HAHA
thank you la sayang sebab izinkan saya online . ekkeke

sian pulak tengok si dia merajuk ,
aleh pon dengan taksampai hatinya terus berperang lidah nak bagi dia lagi-lagi merajuk .
sebenarnya alehh suka kacau dia ( sebab comei tgk dia merajuk ) ^ __^
waktu dia dok luah segala apa dalam hati aleh pon lagi dok sakat dia .
awak pon sama . gigi tak basuh , busukk , taknak dengar taknak dengar blablabla . werk werk werk . haha

lepas tu bila agak- agak kredit nak abes .
aleh pon cakap la kat dia .
sekarang ni awak nak tak kita terhenti bercakap dalam keadaan awak tengah marah ?
ke awak nak berhenti dalam keadaan kita tengah happy sebab kredit by tak banyak ni .
bila-bila masa je boleh abes kol .
ha ha ? jawab la cepat . miahahha
tros dia menyerah kalah , yela yela yela . hoho
hebat btol aleh kan . seterusnya kami berdua sembang la kebahagiaan .
berakhirlah episod merajuk awex aleh tu .haha

p/s : I LOVE YOU SO MUCH SUWEETY :)




Sunday, November 21, 2010

GAMBAR PERTUNANGAN MIZZ NINA & NOH HUJAN

Alhamdulillah
Tahniah buat MIZZ NINA & NOH (vokalis kumpulan hujan).
Akhirnya bertunang jugak depa dua ni . hoho
Mula2 aleh mmg terkejut bila tgk kat melodi tengahari tadi.
Memang xsangka sebab xpenah dengar pon desas-desus depa bercinta .= . =
Mungkin Aleh ni kot yang xtau . Lau korang lain la kan
Korang mesti hebat kan bab2 artis ni ? HOHO
TAHNIAH LA ! MEMANG KEBABOOOM :)

Seperti yang kita sedia maklum , majlis pertunangan ni dijalankan di rumah keluarga Mizz nina yang bertempat di ampang.Xtau betul ke x tapi Mizz Nina ni adalah anak Tan Sri . huk2 .
Memang untung la kan si Noh . WALLAWEHH ! ALEH PON NK ANAK TAN SRI JUGAKKKK :D
Semasa majlis pertunangan , kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memberikan wang hantaran sebanyak RM 11 000 dan mas kahwin sebanyak RM888.88 .Mereka turut telah mendedahkan bahawa mereka akan bernikah pada 1 Julai 2011 dan majlis resepsi pada 3 Julai 2011 .
So , marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian mereka berdua ye . 
Arap-arap perancangan kedua-dua artis ni berjalan ngn lancar . AMIN ~
Tapi sebelum tu jom la enjoy tengok gambar-gambar kat bawah ni :)












SHUWEEET :)


TAHNIAH MIZZ NINA & NOH HUJAN :)