Saturday, December 4, 2010

15 TIPS UNTUK KEKAL BERCINTA

tips ni ditujukan untuk insan teristimewa . andai kata si dia melihat entry ni dharap dapat berubah .
and i'll try my best to change myself too :)

  1. Jaga penampilan diri kerana setiap pasangan menginginkan kekemasan dan kecantikan.Persepsi pertama adalah sangat penting.
  2. Ikhlas dalam memulakan perhubungan dan jangan segan untuk jadi diri sendiri.Sekiranya berlakon untuk menjadi orang lain ternyata suatu hari nanti akan menjerat diri sendiri.
  3. Gunakanlah bahasa tubuh seperti renungan mata dan gerakan tangan ketika berinteraksi dengan pasangan agar si dia merasakan seperti mendapat perhatian.
  4. Sentiasa berfikiran positif walaupon kadang-kadang menyakitkan . Ini amat penting dalam menjamin sesebuah kebahagiaan.
  5. Elakan gunakan perkataan kasar kepada pasangan. Hal ini kerana setiap hati manusia berbeza
  6. Jangan kedekut ungkapkan perkataan pujian serta sayang . Ini untuk membuatkan pasangan rasa dihargai dan si dia ikhlas dalam perhubungan . Ini turut membuktikan si dia mahupun perhubungan yang jauh lebih kehadapan
  7. Jangan bersikap sombong serta ego . Tunjukankanlah bahawa anda juga seorang yang pandai berjenaka . Setiap insan mahukan pasangan yang mampu memcuit hati mereka
  8. Jika kekasih melakukan kesilapan, izinkan si dia untuk memberi penjelasan .Dengar dulu sebelum anda sendiri yang dapat malu ( jangan main serbuu tapi tak pakai helmet XD )
  9. Apabila kita pula yang melakukan kesalahan . Beranikan diri untuk meminta maaf . JANGAN EGO
  10. Cari waktu yang sesuai untuk menyelesaikan masalah . Salah waktu tidak mustahil masalah akan bertambah besar
  11. Ketika menyelasaikan masalah . tumpukan sahaja kepada masalah tersebut . Jangan terpesong dan menunding jari kepada pasangan . 
  12. Jika kekasih anda masih dalam keadaan marah . lebih baik hanya mendiamkan diri .
  13. Setiap masalah wajib diselesaikan . Bukan hanya dengan mengatakan ' ahh lupakan jela sayang'
  14. Gunakan perkataan yang manis untuk memujuk pasangan yang merajuk . Tapi ingat jangan menabur kata yang susah untuk ditepati
  15. Sekiranya kekasih masih marah . Berikan si dia masa untuk berfikir . Seeloknya kembalikan ingatan si dia dengan kenangan-kenangan manis sepanjang bersama . InsyaAllah si dia akan akan memaafkan anda dan perhubungan akan kembali seperti biasa :)


6 comments:

  1. , erm . yang no 13 tuh dia selalu buatt . so , saye sebagai yang mude diamm jer kalao dia tak mao settle . hehe~ but, dia tak panggil saye syg . dia panggil saye buchuk . macam saye nih anak sedare dia .

    ReplyDelete
  2. brp umo cik dottie ? ambui sedapnye panggilan buchuk :)

    ReplyDelete
  3. oh , muda lagi . hik2 . slm perkenalan ye

    ReplyDelete
  4. , :) . hehe , salam perkenalan . asal name blog awak KAKI ALIEN ? hoho ~

    ReplyDelete
  5. haha . knp ? pelik ea ? huhu . xtau sebenarnya na ltk ape . huhu

    ReplyDelete